Wednesday, March 9, 2011

.:: MATTA FAIR ::.

MATTA FAIR IS BACK!!!

The most awaited and anticipated travel fair of the year returns with loads of offers from hundred of exhibitors.

MATTA FAIR 2011 will be held at Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur from 11th-13th of March 2011.

Don't miss this magnificent event which comes twice a year.



So tahun ni nak g mane ek? *wink*wink*

.:: Mengapa WANITA Sangat Istimewa ::.

Mesti pernah baca citer ni kan...tp i nak share gak...mane la tau ade yg x pernah baca...n i bet mesti ade terkena sikit sebanyak kat u'ols kan...hihihi...

Mama dan Papa sedang menonton TV…seraya mama berkata…"I letih la…dah lewat ni…I nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur…nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti...dah tu…ade pulak rice cooker dalam sink...rendam lepas makan tadi...basuh jap...susun pinggan kat rak…lap dapur...terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk...takut habis pulak nanti malam anak nak susu...ermmm…memang dah kering pun flusk ni… jerang la air...
Sementara tunggu air masak…nampak pulak bekas gula dah kosong...isi gula baru...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...

Ishhh...ni lauk bila plak ni? semalam?!? dah beku dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni…besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

TIKKK...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle!

Baru teringat tak solat lagi...otw nak g bilik…Papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang…towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak...telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle!

Ternampak pulak beg keje...ermmm…besok nak pakai beg Polo coklat lah…asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg…takut la tetinggal apa2...leceh pulak...selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...haaa…ni die..ok…catit jap kat yellow sticker…nanti lupa...ok settle!

Tetiba dengar suara Papa..."U buat apa lagi tu...tadi kata nak tido…"...."yelah nak tido la ni...nak solat jap..."

Masuk toilet...buat apa2 yang patut...cuci muka dulu... gosok gigi...solat...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...hihihi...

Bukak almari...errmmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok jap...check baju Papa…baju Papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

Laaa…napa komputer ni tak tutup...gelas kopi pun ade lagi…dah bersemut dah...isshhh ...g dapur… basuh…sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar Papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok  settle!

Dgr suara Papa lagi..."I dah ngantuk ni…". Dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha…lupa dah 3 hari tak siram...ok…siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grille pun tak tutup...ni kalau tak check tadi…senang2 je Mat Indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar…

Mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoiii.. ...ok dah!

Ok…dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...errmmm…tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni…nanti nak tukar lain laa...nanti g Sogo 25hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh...tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...muahsss…

Aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...haaa…ni dia...sambil sapu lotion kurus…setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting…
Adushhh...boring. ..panas pulak lotion nih…dah la...errmmm...sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMu hari ini...mohon keberkatan dari Mu...Papa pun bangun tutup tv..."I dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni…bola pun takde…". Selang seminit...dengar suara Papa berkeruh...dah agak dah....

So? Apa yang peliknya?!?

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADE BANYAK KERJA YANG NAK KENA BUAT...tu yang tak boleh nak mati cepat...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini...hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." 



SEKIAN UNTUK RENUNGAN.

.:: Happy 100th International Women’s Day ::.

Sedikit renungan untuk kita bersama...

Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya), maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga.

Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 
Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Wednesday, March 2, 2011

.:: RIBUT ::.

Tiba-tiba hujan malam tadi...waktu Maghrib...takut gak dok umah dengan bunyi angin and hujan yang 'menepuk-nepuk' cermin tingkap!

Nak jadi hal....ada pokok tumbang kat jalan masuk ke rumah...dah la semua org kena parking kt bawah and menapak naik atas...*rumah i atas bukit...tapi xde la tinggi sgt pn...hihihi...


Pokok tumbang...yang kat atas warna putih-putih tu la rumah i... ;)
Sebenarnya...pokok ni dari tanah sebelah...bukan pokok tepi jalan nak naik ke rumah...habis pagar and kabel elektrik!

Masa ni...pokok dah dialihkan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) *tempat keje i ni...SYABBASSS!!! cuma x dibersihkan lagi sebab memang banyak kes pokok tumbang semalam.


The one and only 'mangsa' kejadian!!! Kesian owner die....x pasal-pasal kena kuar duit utk repair kete dia *x sure insurans cover utk bencana alam atau x....tapi kita x boleh halang kuasa Dia Yang Maha Esa kan....redha lah...




Tuesday, March 1, 2011

.:: Masak-Masak Hari Ahad ::.

Ermmm....semalam kan cuti...x pegi mane2 pun...dok umah je...bermalas-malasan...sambil nonton televisyen...hari Ahad kan byk citer best....

8.00 am - 10.00 am : Nasi Lemak Kopi 'O' (TV9)

10.00 am - 11.30am : Buat macam-macam (mandi...kemas katil...basuh baju...kemas dapur...breakfast...etc...)

11.30 am - 12.00 pm : Apa Saja FBI (TV9) ---> Tetamu: Zaquan Adha & Wifey Ayu Raudhah (sgt CANTHEKSSS!!!)

12.00 pm - 12.30 pm : Jalan-jalan Cari Makan (TV3) ---> survey tempat--tempat makan yang sedap...tp everytime pegi kl...makan kat tempat yang sama jugak....hhmmmm....

12.30 pm - 1.30 pm : Melodi (TV3) ----> Zassssss....Layannnnnnn

1.30 pm - 2.00  pm : Buletin 1:30 (TV3) ---> tukar2 dengan ulangan citer Galaksi kat TV9

2.00 pm - 3.00 pm : Nona (TV3) ---> ade citer pasal wedding Ayu Raudhah & Zaquan Adha (again!!!)

3.00 pm - 5.00 pm : Law Abiding Citizen (HBO) ---> citer die best....tp aku terlelap di pertengahan citer n terjaga semula masa ending...HARUS nonton semula ni!!!

5.00 pm : LAPAR... :(

Mula lah bukak fridge utk tgk apa yang boleh dimakan...tibe2 tercium bau rebung yang dibeli hari tu....n teringat pada telur itik yang kak nurul belikan *kat pasar malam sbb die teringat yang aku cari telur itik nak masak dengan rebung tu!

Maka bermula lah misi masak-memasak....dengan bantuan buku resipi Dapur Xpress oleh Chef Kamarul...heheh...al-maklum lah...aku ni mmg x pandai memasak!



Misi: TELUR ITIK MASAK LEMAK & KOBIS GORENG

Setelah 'berperang' di dapur selama 1 1/2 jam....maka selesai lah misi masak-memasak aku....

Tadaaaaa.....


Komen *sendiri : Kuah lemak tu macam cair sket sbb pakai balance santan masak kari ikan hari tu....and sayur kobis tu x abes mkn sbb dah ada rebung dalam masak lemak tu....x payah masak sayur pun xpe....

Anyway...anyhow....aku kenyang....ALHAMDULILLAHHHHH.... :)

.:: SUNSHINE ::.


Owwhhh...i luv the sun shining through my window...hilang my monday blues!!!

Kalau xde matahari... rasa mcm lemau je kn...bile nampak matahari...baru lah CERIA kan!

Lagi pun...semalam basuh jeans...so klu xde matahari...maka kepam lah seluar jeans ku itu kan...heheh...

Last but not least....layan lagu ni eh...
(pssttt...kalau tahun ni ade pertandingan nasyid kat ofis...aku nak cadangkan kitorg nyanyi lagu ni...heheh...)


Alhamdulillah....Subhanallah...